Pencarian-mamanurin

Saturday, December 15, 2012

Hujung Tahun Dah...

Dah masuk pertengahan Disember dah ya...
Mengenangkan untuk memudahkan diri dn en suami...selepas balik dari perintah 'berkurung'  di Gcourse Klang..kami singgah di PPZ Cawangan Kuala Selangor.Alhamdulillah pejabatnya sunyi aje...berbanding kalau pergi last minit macam tahun-tahun lepas.  15 minit je urusan kami dah selesai.

Legaaa rasanya bila dah tunaikan tjawab yang satu ni....semoga diterimaNya.

Lepas selesai pembayaran..Ustaz tu suruh lafazkan ayat di atas...


Dalam harta kita, terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan kepada mereka. Justeru itu, Islam mewajibkan pembayaran zakat pendapatan ke atas setiap individu muslim yang layak untuk membersihkan harta tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” Riwayat Bukhari

Pembayaran zakat ini boleh dibuat kepada pusat pungutan zakat negeri.  Soalnya, bagaimanakah kita boleh mengetahui jumlah pendapatan yang dikenakan zakat, cara pengiraan dan kadar zakat yang dikenakan?


CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Cara 1
 
Gaji bulanan x 12 Bulan x 2.5% = zakat pendapatan yang wajib
dibayar.
 
Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda
ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah
2.5% x RM 24,000
iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu
bulan ialah RM 50.


Cara 2 
Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri
sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang),
caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji.
Bagi membuat kiraan zakat pendapatan Cara 2,    boleh klik di sini
DOA AKAD ZAKAT

أللّهُمَّ اجْعَلْهَا مَغْنَمًا وَلا تَجْعَلْهَا مَغْرَمًا

Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan
yang menguntungkan dan jangan
jadikanlah ia pemberian yang merugikan.

Kemudian yang menerima
dianjurkan membaca do’a :

آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَ،
وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ،
وَاجْعَلْهُ لَكَ طَهُوْرًا
Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas
apa yang engkau berikan, memberikan berakah
atas apa yang masih ada di tanganmu dan
menjadikannya sebagai pembersih bagimu.

(Sumber:http://www.e-zakat.com.my)





No comments:

Post a Comment