| Baiti Jaanati... |
Abu Hazim
menjawab, "Sebabnya adalah engkau telah memewahkan rumahmu di dunia, dan
meruntuhkan rumahmu di akhirat. Maka kamu takut berpindah dari rumah yang mewah
ke rumah yang runtuh."
Benar ucapan Abu Hazim ini. Setiap manusia memiliki dua tempat tinggal. Tempat tinggal yang pertama sedang ia diami di dunia, dan sifatnya hanya sementara sahaja. Dan rumah satu lagi akan ia duduki kelak selepas mati dan sifatnya kekal abadi selamanya.
Rasulullah SAW selalu mengingatkan bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara. Kita ibarat seorang musafir yang tengah rehat di bawah pokok. Dan ia akan segera meninggalkan tempat itu untuk mencapai destinasi yang dituju.
Maka sungguh
pelik jika ada musafir yang menghiasi tempat istirehatnya yang sementara itu
dengan pelbagai sebab-sebab keselesaan dan lupa untuk menyimpan sesuatu untuk
tempat tinggalnya yang kekal di destinasi nanti. Tidak terbayang penyesalan
yang akan ia rasakan apabila tiba di destinasi itu namun tidak mendapatkan
tempat selesa untuk didiami atau diduduki.
Amal soleh
Amal soleh
adalah bekalan kita menuju Allah SWT. Tempat kita di akhirat ditentukan dengan
berapa banyak amalan ibadah kita di dunia.
Sesiapa yang
menginginkan rumah besar di syurga, dihiasi dengan taman-taman yang indah, dia
boleh menempahnya dari sekarang. Iaitu dengan memperbanyak kerja-kerja yang
diniatkan untuk manfaat agama dan umat Islam.
Kerja-kerja
itu sangat beragam. Mulai daripada kerja seremeh menyingkirkan kotoran di jalan
hingga kerja-kerja besar seperti pentadbiran negara.
Jadi, konsep
amal soleh dalam Islam sangat luas dan tidak terhad pada ibadah-ibadah ritual
semata. Ia meliputi perkara-perkara yang biasa kita lakukan sehari-hari.
§
Membuang sampah pada tempatnya yang disediakan adalah amal soleh.
Membuang sampah pada tempatnya yang disediakan adalah amal soleh.
§ Meletakkan kereta dalam posisi yang tidak
mengganggu pengguna jalan yang lain adalah amal soleh.
§ Bahkan, tersenyum apabila berjumpa dengan jiran
sebelah rumah juga amal soleh.
Sungguh
banyak amal soleh yang boleh kita lakukan. Benar ucapan Abu Hazim:
"Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti,
barang-barang itu akan menjadi sangat mahal sehingga tidak mampu dibeli."
Barang-barang
akhirat menjadi mahal apabila nyawa telah berada di tenggorokan. Pada saat itu,
pintu taubat dan pintu amalan telah ditutup. Andai seseorang hendak bersedekah
semua hartanya sekalipun, Allah tidak akan menerimanya.
Rumah siap
Hidup di dunia adalah satu kesempatan untuk membina rumah selesa di akhirat. Dan orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan besar ini. Sebelum meninggal dunia, ia berusaha untuk memastikan ada rumah yang akan ia diami di syurga.
Ibnu Rajab
al-Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam
mimpinya. Malaikat itu berkata: "Kami diperintahkan untuk menyelesaikan
rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama: "Vila Kebahagiaan" (Dar
al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah.
"Khabar
gembira untukmu," lanjut malaikat, "setelah tujuh hari nanti, rumah
itu akan rampung dibina."
Ibnu Rajab
berkata: "Tujuh hari kemudian, orang soleh itu meninggal dunia."
Semoga Allah
memberi kita taufik dan hidayah untuk kembali kepada Allah sebelum maut
menjemput. Amin ya rabbal álamin.
Sumber: http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment