Pencarian-mamanurin

Sunday, December 16, 2012

Enyberseri Kami





Hari ini....tiba2 terkenang suatu waktu dahulu...tak salah saya hari khamis...hari kami bergelar suami isteri...dah 23 tahun dah rupanya..terima kasih Ya Allah di atas semua  yang telah Kau kurniakan...dari sebuah pertemuan yang tidak disengajakan di perpustakaan...akhirnya kami disatukan walaupun berbagai ranjau dan dugaan menjadi ujian kami...

Tanggal 26 November...termetrilah sebuah ikatan suci dan bermulalah sebuah perjalanan kami dalam mencari redha ilahi.

Ya Allah berkatilah keluarga kami dengan payung kasih dan rahmatMu hingga ke Jannah...

Kukuhkan Ukhuwah Kami Ya Allah

Tika bersama sentiasa ceria
Jika berjauhan membuahkan rindu...

Kukuhnya cinta,saratnya rindu,membuaknya sayang..
Dibawah ikatan taliMu.....
Moga dia tak pernah jemu memimpin kami
Dalam mencari redhaMu...
Dengan sabar memandu kami...
Membahagiakan kami...
Memenuhi tuntutan kami yang terkadang terlalai...
Ampunilah kami Ya Rabb..
Murahkanlah lagi rezeki kami
Semoga tercapai impian murni kami...dapat lagi dan lagi
Mengunjungi rumahMu dan menziarahi  kekasihMu.

Terima kasih Ya Rahim kerana  mengurniakan si isteri ini
Seorang  nakhoda yang begitu sempurna di hati kami 
Si isteri dan kelima2 permata hatinya...
Kekalkan kesihatannya...agar terus kuat
dalam menunaikan semua Amanah mengikut syariatMu
Jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa mensyukuri nikmatMu

Tuhanku...pada kedewasaan ikatan ini
Terimalah sujud keinsafan kami
Sapalah titian taubat kami
Agar terbasuh semua onar yang singgah di hati
maupun memalit jasad dalam sedarbdan lena kami...
min Ya RobalAlamin...




Saturday, December 15, 2012

Hujung Tahun Dah...

Dah masuk pertengahan Disember dah ya...
Mengenangkan untuk memudahkan diri dn en suami...selepas balik dari perintah 'berkurung'  di Gcourse Klang..kami singgah di PPZ Cawangan Kuala Selangor.Alhamdulillah pejabatnya sunyi aje...berbanding kalau pergi last minit macam tahun-tahun lepas.  15 minit je urusan kami dah selesai.

Legaaa rasanya bila dah tunaikan tjawab yang satu ni....semoga diterimaNya.

Lepas selesai pembayaran..Ustaz tu suruh lafazkan ayat di atas...


Dalam harta kita, terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan kepada mereka. Justeru itu, Islam mewajibkan pembayaran zakat pendapatan ke atas setiap individu muslim yang layak untuk membersihkan harta tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” Riwayat Bukhari

Pembayaran zakat ini boleh dibuat kepada pusat pungutan zakat negeri.  Soalnya, bagaimanakah kita boleh mengetahui jumlah pendapatan yang dikenakan zakat, cara pengiraan dan kadar zakat yang dikenakan?


CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Cara 1
 
Gaji bulanan x 12 Bulan x 2.5% = zakat pendapatan yang wajib
dibayar.
 
Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda
ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah
2.5% x RM 24,000
iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu
bulan ialah RM 50.


Cara 2 
Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri
sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang),
caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji.
Bagi membuat kiraan zakat pendapatan Cara 2,    boleh klik di sini
DOA AKAD ZAKAT

أللّهُمَّ اجْعَلْهَا مَغْنَمًا وَلا تَجْعَلْهَا مَغْرَمًا

Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan
yang menguntungkan dan jangan
jadikanlah ia pemberian yang merugikan.

Kemudian yang menerima
dianjurkan membaca do’a :

آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَ،
وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ،
وَاجْعَلْهُ لَكَ طَهُوْرًا
Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas
apa yang engkau berikan, memberikan berakah
atas apa yang masih ada di tanganmu dan
menjadikannya sebagai pembersih bagimu.

(Sumber:http://www.e-zakat.com.my)





Tuesday, December 4, 2012

Mengenang Kekasih Allah

Hari Terakhir Rasulullah S.A.W Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

 Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. ”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii” “Umatku, umatku, umatku”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sumber: khai.blogspot.com

Monday, November 12, 2012

Kelebihan dan Kemuliaan Bulan Muharram

Bila sebut sahaja Awal Muharram, ramai mengetahui ia merupakan awal bulan pertama bagi umat islam, tetapi ramai yang tidak tahu amalan sunat dan kelebihan pada Awal Muharram.

Terdapat empat belas perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: ”Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
” Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang” (Ar-Ra’d:28)

(Sumber:http://www.mysuara.net)

Saturday, November 10, 2012

Selamat Ulang tahun

Sanah Helwah Abang!!!

Selang dua hari dengan tarikh kelahiran si puteri bongsu kami...hari ini tarikh yang cantik 10.11.12 tarikh ulang tahun kelahiran 'en abah'.Apa lagi bertalu-talu sms dari anak-anak yang jauh di mata.....kami di rumah macam biasalah...jarang ada sambutan yang formal...ada juga cadangan nak masak-masak spesial sikit...tapi dah buat malam tadi...huh...berpeluh jugak masak 'nasi arab daging korban'...seronok tengok abah dan anak-anaknya makan...serta merta hilang penat mama hehe...tak sia-sia beli rempah kat 'Hudaibiyah' hari tu.........

Abg suka Nasi Kabsa yang kurang warna...
Nasi arab kenangan....berkumpul hari tu...semua anak2 ada

Semoga abg diberikan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah lagi....iman dan takwa yang sentiasa meningkat untuk memayungi kami...Alhamdulillah kami bersyukur sangat2 pada yang Esa dikurniakanNya abg menjadi ketua kami.Terima kasih di atas limpahan kasih sayang...agihan limpahan rezeki buat kami semua.Semoga Allah  berkati abg, sentiasa,dijauhkan segala bahaya serta hasad dengki manusia.bersma-sama kita doakan semoga anak-anak kita berjaya menjadi anak-anak soleh-solehah,cemerlang di dunia dan akhirat.Permata hati yang selalu mendoakankan orangtuanya. 

Ya Allah!!! padaMu ku bermohon,kau berkatilah ikatan kasih sayang kami, utuh dan berkekalan hingga ke Jannah.Ameen.

Semoga Dia jemput lg dan lagi...kita ke sini.


Monday, October 29, 2012

Solat Muslimah-Cara Nak Kusyuk

Oleh: Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bismillahiramanirrahim,
 
Bagaimana nak pastikan solat kita diterima Allah…umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri” sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara tersebut, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir,penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan kerana syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).

Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal - tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.

Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh. ..” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj.

Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

Rujukan : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/12/30/baiki-cara-solat-khas-untuk-perempuan/

Wednesday, October 24, 2012

Kenangan Manis Umrah Dengan Mak...Tak kan ada lagi...

Tiba-tiba tersangat rindukan suasana d tanah haram...terutamanya kenangan terakhir dgn mak...
Di Jabal Rahmah
Cari Ole-ole
Singgah  Solat Asar &Lunch d Masjid Namirah

Dah nak bertolak balik
Nasi 'mandy time' dari Bir Ali menuju Mekah



Saturday, August 25, 2012


Dosa Isteri Gugur Apabila...





RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
http://kisah-bumi.blogspot.com

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 17, 2012

Renungan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Krdt untuk:Wanita itu Aku)


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda saw. bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Didalam riwayat lain Nabi saw. bersabda
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para Malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”