Pencarian-mamanurin

Monday, November 12, 2012

Kelebihan dan Kemuliaan Bulan Muharram

Bila sebut sahaja Awal Muharram, ramai mengetahui ia merupakan awal bulan pertama bagi umat islam, tetapi ramai yang tidak tahu amalan sunat dan kelebihan pada Awal Muharram.

Terdapat empat belas perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: ”Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
” Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang” (Ar-Ra’d:28)

(Sumber:http://www.mysuara.net)

Saturday, November 10, 2012

Selamat Ulang tahun

Sanah Helwah Abang!!!

Selang dua hari dengan tarikh kelahiran si puteri bongsu kami...hari ini tarikh yang cantik 10.11.12 tarikh ulang tahun kelahiran 'en abah'.Apa lagi bertalu-talu sms dari anak-anak yang jauh di mata.....kami di rumah macam biasalah...jarang ada sambutan yang formal...ada juga cadangan nak masak-masak spesial sikit...tapi dah buat malam tadi...huh...berpeluh jugak masak 'nasi arab daging korban'...seronok tengok abah dan anak-anaknya makan...serta merta hilang penat mama hehe...tak sia-sia beli rempah kat 'Hudaibiyah' hari tu.........

Abg suka Nasi Kabsa yang kurang warna...
Nasi arab kenangan....berkumpul hari tu...semua anak2 ada

Semoga abg diberikan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah lagi....iman dan takwa yang sentiasa meningkat untuk memayungi kami...Alhamdulillah kami bersyukur sangat2 pada yang Esa dikurniakanNya abg menjadi ketua kami.Terima kasih di atas limpahan kasih sayang...agihan limpahan rezeki buat kami semua.Semoga Allah  berkati abg, sentiasa,dijauhkan segala bahaya serta hasad dengki manusia.bersma-sama kita doakan semoga anak-anak kita berjaya menjadi anak-anak soleh-solehah,cemerlang di dunia dan akhirat.Permata hati yang selalu mendoakankan orangtuanya. 

Ya Allah!!! padaMu ku bermohon,kau berkatilah ikatan kasih sayang kami, utuh dan berkekalan hingga ke Jannah.Ameen.

Semoga Dia jemput lg dan lagi...kita ke sini.