Pencarian-mamanurin

Saturday, March 1, 2014

MUG DAN TERJEMAHAN KASIH SAYANG

Salam semua...

Lamanya saya berangan nak menulis sesuatu di ruangan ini....tetapi tinggal anggan saja.Al maklumlah terlalu banyak kerja yang perlu  dikemaskini sepanjang 2 bulan memulakan sesi persekolahan 2014...tapi tak lengkap-lengkap jugek...

Rancangan yang diatur untuk melawat sibujang di asrama sebulan sekaliiiii pada tahun 2014 pun,nampak masih tidak dapat dilaksanakan.Alhamdulillah 'hutang' tersebut dikira langsai kerana sibujang sorang ni dapt cuti lebih sempena CNY baru-baru ni...jadi dia balik ke rumah...tak pelah..walaupun terbalik...ironinya matlamat nak gunakan masa berkualiti bersama family tersayang tertunai jugak. Semoga DIA memberi kelapangan di masa akan datang....

Punya lama tak dapat balik ke tempat kelahiran menunaikan tanggungjawab sebagai anak kepada ayahanda dan bonda(meskipun hanya melawat pusara),memberi motovasi kepada anaknda tercinta,menziarahi adik kakak serta sanak saudara. TETAPI jika DIA dah aturkan sesuatu kejadian itu....KUN FAYAKUN....maka di penghujung Februari kami selamat 'mendarat'di Kuantan...walaupun bukan sesuatu yang gembira di sebaliknya..,tapi sya yakin ada hikmah yang Allah aturkan untuk pengajaran di sebalik semua yang terjadi.Pada tengahari tanggal 27 Feb...seorang anak buah en suami bersama sahabat baiknya merangkap kawan seperniagaan telah terlibat dengan kemalangan maut di LPT. INNALILLAHIWAINAILLAHIROJIUN...


Berita Tentang Kemalangan dari BH



Keadaan kenderaan yang terlibat.Allahuakbar!!!
Syukur Alhamdulillah...Edi hanya cedera.









Maksudnya:''Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah"

Maksudnya: Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.  

Sumber: http://doaharian.blogspot.com

Ada sesuatu cerita di sebalik sebiji mug....di KMC

Semalam kami sempat melawat anak saudara (Kamal Rahaidi di Kuantan).Ketika bersiap-siap untuk ke hospital,sebab kami tiba dari KL ke Kuantan pada malamnya dan sempat bermalam di rumah seorang lagi anak saudara (Nur Rahaizam- adik kepada Kamal)Ketika bersarapan terciptalah sketsa SEBIJI MUG. Sedikit pengajaran yang sempat dititip di sebalik sebijik mug.....Hanya insan yang bergelar seorang anak yang memahami  kasih sayang antara ibu dan anak...sebak sangat2...nanti diceritaiiiinnnnn.sebab mata berkaca tak nampak huruf nak taip....(bersambung)

Ya ALLAH...sayapun merindui kasih sayang makkkkkk saya. Semoga anak2 tersayang juga sentiasa mengingati dan mendoakan saya juga.Aamiin.