Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik di usia begini...Selamat menyambut Ulang tahun kelahiran.Semoga terus meningkatkan kesabaran dengan karenah surimu ini.....Maafkan daku jika melakukan sebarang kekhilafan baik yang terlalai atau tanpa sedar...kerana surimu ini jauh sekali dari menjadi insan yang sempurna walau tetap cuba membaiki kekurangan diri....hihi
Doa Ikhlasku...Buat Suami tersayang!
Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki & melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkan & tingkatkn keimanan dn ketakwaannya agar dpt terus memimpin kami sehingga ke SyurgaMu.....
Ya Allah lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Aamiin Ya Allah..aamiin Ya Rabbal alamiin
~Selamat Ulangtahun Kelahiran Àbàng! ~