Pencarian-mamanurin

Friday, May 31, 2013

Kenduri,Cuti dan Rombongan `Cikgu Kiah`

   Musim cuti sekolah kembali lagi. Rancang punya rancang kami guru guru dn beberapa orang kaki tangan SMKRM berpeluang menghadiri majlis kenduri anak penolong kanan petang sekolah kami iaitu cikgu Nurul Aini Omar di Negeri Cik Siti Wan Kembang.Kebetulan anaknya iaitu pengantin lelaki ialah pelajar kami suatu masa dulu.Selamat Pengantin Baru kepada Faris dan pasangannya.

   
Singgah di Destinasi Kenangan..Tmpt Kelahiran saya
Kami memulakan perjalanan pada pukol 11.15 malam menaiki sebuah bas persiaran melalui lebuhraya kuala Lipis-Merapoh dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Cikgu Ayob.Suasana tenang dan syahdu sepanjang perjalanan.Pada 1 atau 2 jam pertama perjalanan suasana rancak dengan perbualan dan senda gurau antara kami...tapi lama kelamaan suasana hening,semua melayan panggilan mata...walaupun hanya tidur-tidur ayam tapi semua diam...kebetulan dalam bas tiada satupun alat2 yang berbunyi atau tv,yang kedengaran hanya engine bas sahaja. Masing-masing melayan mimpi ditemani suasana sekeliling yang sunyi sepi dengan hutan tebal di kiri dan kanan jalan.

Di sebelah hentian inilah Kampung Saya...Kampung Bukit Berangan..Mengamit 1001 Rasa ketika singgah di sini....


   Setelah  mengharungi perjalanan yang agak panjang akhirnya pada jam
6.15 pagi,barulah pemandu memberhentikan basnya untuk solat subuh dan 'menfreshkan' diri masing-masing di sebuah masjid yang masih dalam pembinaan  di Daerah Gua Musang.  Memandangkan keadaan yang kurang mengizinkan dan airnyapun malu-malu nak keluar kami semua mengambil keputusan untuk mandi di hentian seterusnya. Setelah semua menunaikan kewajipan, kamipun meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan iaitu ke Daerah Macang lebih kurang 74 km lagi.  Akhirnya kami berhenti di Masjid Yahya Petra...Alhamdulillah kami dapat membersihkan diri dan sebagainya.Tapi alangkah terkejutnya kami...kerana ketika hampir siap semua urusan kami...kami dikejutkan dengan satu insiden yang rasanya agak janggal sedikit jika ianya berlaku di 'Rumah Allah'...di Negeri yang dilabelkan 'Serambi Mekah'...Seorang petugas masjid(agak kamilah)...marah-marah dengan suara yang agak keras...beliau agak kurang senang dengan kehadiran kami dengan jumlah yang ramai....menggunakan kemudahan di Masjid seperti air,elektrik dsbnya....Masih terngiang2 di telinga sya....'kalau dah pandai pakai tu...pandai2lah cari tabung masjid'....kalau yepun...janganlah marah-marah begitu...seolah-olah kami semua ni..PATI....siap sepak-sepak selipar dan kasut-kasut kami...'bukankah kita ni sedaro seisle...'bagi pihak kawe2 sya yang sangat2 berbudi bahasa...sya rasa sangat malu' ,apa lagi bagi pihak sesama agama...merujuk kepada adab2 melayan tetamu....Allah huaklam....


   Seterusnya kamipun meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju....rumah tempat kenduri di Pulai Condong.  Rupanya rombongan kami merupakan tetamu yang paling awal tiba.kami terpegun dengan ketenangan dan keindahan mahligai.  Sebelum menjamu selera..apa lagi berposinglah kami dari luar dan dalam rumah.  Terima kasih kepada Pn Nurul Aini dan En Zabidi serta keluarga di atas layanan yang amat baik serta menu makanan yang sedap-sedap sehingga tak termakan banyaknya....siap dibekalkan pulut kuning dan ole-ole lagi.




Kami (Cikgu Rizana,saya. Cikgu Saimah dan Ustzh Kamariah bergambar dengan  pengantin   Mohd Faris.



Sebahagian daripada kami bergambar dgn Pn Nurul Aini,yang berbaju Pink
Kali Pertama sebenarnya melihat beliau bertudung 'owning' comel sangat


bersambung......cerita selepas majlis kenduri....


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru pada semua bekas guru saya,walau di manapun berada....
SK Bukit Nanas Tepoh,
SMK(A) Tok Jiring
SMK Landas
SMK Padang Midin
Dan tak lupa kepada semua rakan-rakan sejawat....











MENJADI GURU

Menjadi guru itu
Telah menjadikan aku
Segala-galanya
Akulah ibubapa yang penyayang
Sentiasa mengambil tahu dan bimbang
agar anak-anakku cemerlang

Akulah pelakon
yang melakonkan semua watak kerana
akulah juga sutradara bijak
mengatur skrip kehidupan yang rancak
dipentas pancaroba yang semarak
Akulah pendeta wibawa
mempamerkan segala sesuatu yang istimewa
serba lengkap serba cekap
melahirkan modal insan serba mantap

Akulah cahaya
yang menerangi ruang maya
berbekalkan sebutir aksara dan angka
anak-anakku melayari samudera dunia
menjadikan aku bangga
demi mereka

Menjadi guru itu
memungkinkan aku lebih padu
memberi lebih daripada menerima sesuatu
sepanjang waktu.....

Sumber:MM12052013/GHAZALI LATEH,SERDANG.

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu...Mama!

Alhamdulillah....Hari Ini Sambutan Hari Ibu...Seronok dapat ucapan dari anak-anak.Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rindu di hati.

Dari lubuk Hati Seorang Ibu…Terima kasih Ya Allah memberi kesempatan padaku menjadi ibu kepada putera-puteriku tercinta.KAU peliharalah kami agar menjadi  keluarga  yang Sakinah,Mawardah dan Rahmah!



Saya adalah saya hari ini kerana pilihan saya yang sebelum-sebelum...seboleh2nya ke arah mentaati Kalam dan Sunah...Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada.Ini agaknya saya rasa semakin bahagia.Semoga Allah selalu menghadirkan rasa syukur di ataskebahagiaan ini walaupun mungkin secara sederhana...dan mungkin itu jalan ke arah mendapat kebahagiaan yang sempurna di 'sana' nanti.

Ya Allah Moga HambaMu ini menjadi Ibu dan Isteri baik……

Saturday, May 11, 2013

Ahlan Wa Sahlan Rejab

Apa persiapan saya?

Rindu pada Ramadhan.....




Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Renungan Buat Bangsaku

Pejam celik...pejam celik dah 6 hari peristiwa besar iaitu PRU 13 telah berlalu. Semuapun dah tahu keputusannya.Pada yang berjaya..sama2 kita berharap mereka akan melaksanakan amanah yang diberi.Sebagai umat islam kita hendaklah yakin dengan seyakinnya...bahawa semua yang berlaku adalah ketetapanNya.Sudah Tentu ada hikmah di sebalik apa yang ditakdirkn...
KUN FA YAKUN!!!

Bacalah dengan mata dan hati yang terbuka...sangat terkesan ! saya kongsikan dari sebuah Blog

Orang Melayu hanya ada masa 4 tahun lagi sebelum segalanya terlambat. Melayu yang masih bergaduh dan bergasak sesama Melayu meninggalkan kesan kekalahan kepada beberapa buah negeri dan hampir kalah di sebuah negeri.

Melayu yang masih kecil dan belum faham erti politik tentu kecewa bila dapat tahu 10 tahun lagi, kuasa Melayu itu sudah tiada lagi di Tanah yang bernama Melayu. Moga itu tidak berlaku. Namun, segalanya boleh hilang jika tumpas empat tahun lagi. Segalanya boleh berlaku, jika perubahan sikap tidak dilakukan.

Cukup cukuplah sengketa dan menuding jari. Masa itu tidak harus dibazirkan. 5 tahun dahulu, faktor yang sama dibincang dan dicanang sebagai punca beberapa negeri tumpas. Namun pengajaran tidak pernah diambil.  Pelajaran tidak pernah dipelajari. Yang dibincang bagai mencurah air di daun keladi.

Yang tua terus bergasak untuk kuasa. Yang muda terus dianggap terlalu mentah dan baru dalam politik. Tua anggap muda kurang pengalaman. Muda tidak hormat tua. Itulah realitinya, tidak hormat dan pandang pada ilmu dan kebolehan. Akhirnya jurang itu diisi oleh kekalahan. Parti Melayu yang mengisi kemerdekaan negara ini baru menyambut ulang tahun yang ke-67.

Perjuangan dahulu dan sekarang umpama langit dan bumi.  Banyak yang muda sudah tidak faham erti dan manifestasi diri. Mereka diajar menyokong individu bukan parti. Mereka dirajakan dan disahabatkan dengan duit bukan perjuangan pertiwi. Oleh itu, bila yang tua bergasak, mereka turut sama bergasak kerana sokongan itu adalah pada individu.

Duit menjadi raja. Pengampu orang kaya dipandang sebagai mahir segala. Kasihan pemimpin yang rajin bekerja. Mereka benar benar berkhidmat untuk bangunkan negara. Beri segala yang rakyat minta. Beribu ditatang di mata pemimpin, namun hakikatnya ribuan itu bukanlah realiti sokongan.


Hanya sedap pandangan mata. Segala yang manis ditabur kepada pemimpin. Takut bercerita situasi yang pahit. Yang manis enak didengar. Yang masam disapu bawah tilam.  Jangan diulang perkara sama, hadaplah rakyat dengan suasana sebenar. Biar pemimpin lihat realiti. Biar pemimpin rasai apa yang terbuku di hati.

Siang dan malam mendahulukan rakyat. Kampung dan kota habis dikunjungi. Semuanya demi rakyat. Namun apakan daya ada rakyat yang tidak faham erti terima kasih. Mereka memilih kerana emosi. Mereka memilih kerana persepsi. Bila keputusan diumum, barulah mereka menyesali. Kesan buruk bila tersalah undi.

Kesan yang bakal ditempuh 5 tahun lagi.  Melayu sekarang sudah semua senang. Lahir dalam senang. Bertatih pun senang. Bersekolah pun senang. Masuk universiti pun senang. Segalanya sudah ada sebab negara sudah senang.

Bila sudah sudah senang, mereka gagal fahami apa itu erti susah. Susah hendak fahamkan orang yang lahir lahir sudah senang. Lagi bertambah susah bila hendak memahamkan mereka bahawa kesenangan itu adalah hasil kerja kuat nenek moyang Melayu dalam politik.


Mereka kata itu cerita karut. Mereka kata itu dongeng. Mereka tidak mahu dengar Sejarah. Mereka tidak mahu dengar cakap orang tua. Inilah masalah besar orang Melayu yang masih muda.  Lebih percaya pada cakap penglipur lara yang datang atas pentas terbuka. 


Lupa dan alpa dengan cerita manis penglipur lara. Membawa cerita percuma, percuma dan percuma. Lupa dan hanyut dalam janji manis penglipur lara. Janji yang belum tentu mereka dapat penuhi. Itu pun ada orang yang masih percaya dan tersengih sampai ke pipi.  

Melayu mudah lupa. Ungkapan itu ada kebenarannya kini.  Lupa pada kesusahan. Lupa pada tangan yang memberi kesenangan. Mudah percaya pada “hantu” yang menjaja cerita segalanya dalam dunia ini haruslah percuma. Melayu yang datang atas hak demokrasi pun dianggap hantu. 

Suatu ketika, orang muda Melayu bangkit menyatukan bangsa untuk kemerdekaan. Suatu masa, belia Melayu bangun menyedarkan bangsa tentang ancaman komunis dan keselamatan negara. Satu waktu dulu, pemuda bangsa Melayu berusaha gigih selamatkan bangsa dari miskin di bumi sendiri.

Tiga usaha tersebut sudah berlalu. Kini cabaran yang terbesar adalah mengekalkan kuasa politik Melayu. Masih ramai Melayu yang kurang faham matematik politik Melayu dalam parlimen. Mereka gagal bezakan antara persefahaman politik dengan “pakat pakat” berpolitik.

Jangan sampai segalanya sudah hilang. Sekali terlepas kuasa ini. Melayu akan hilang terus kuasanya. 4 tahun lagi, usah diulang faktor faktor yang sama ini.

Masa sekarang adalah untuk bertindak. Hentikan tuding jari dan memulakan konspirasi. Melayu tidak akan kalah jika Melayu bersatu. Melayu hanya akan kalah jika Melayu itu menjatuhkan Melayu sendiri. 


Lihatlah sejarah pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Selepas 29 tahun, pemerintahan itu berakhir kerana pergaduhan semasa sendiri. Abbasiyah juga hancur kerana pengkhianatan dalaman. Kota Melaka yang agung selama 116 tahun juga runtuh kerana pergaduhan sesama sendiri. 


Putrajaya dibina atas runtuhan Kota Melaka, sedarlah kemerdekaan ini baru 56 tahun. Usia masih lagi di pertengahan era Empayar Melaka yang pernah gemilang dahulu.

Fahamilah, bahawa dunia Islam sekarang adalah pada akhir zaman. Banyak tempat yang lain, Islam sudah dicabar, dibakar dan diserang. Hanya bumi Melayu, syiar Islamnya masih kuat. Kuat kerana Melayu itu adalah Islam dan Islam itu adalah Melayu. Khalifahnya masih lagi Raja Melayu.

Inilah istimewanya Melayu di bumi ini. Jangan menyesal air mata darah. Renungilah ungkapan “Melayu Itu” karya Usman Awang. Melayu sedang dilawan dengan politik ideologi oleh pihak lawan. Jawapan terbaik untuk melawan arus lawan itu adalah dengan mengembalikan semula “roh Melayu dan Islam”. Inilah caranya. 

Sedarlah Bangsaku....