Pencarian-mamanurin

Saturday, February 23, 2013

Live From Mecca

Sanah Helwah

Esok Ulang tahun along...anak pertama mama dan abah....Selamat Ulang Tahun ke 22 Along!

Nampaknya tahun ni tak dapat raikan dgan keluarga...raikan dgn kawan-kawanlah nampaknya...tak pelah jika diizinkan Allah lebih kurang 3 tahun lagi dapatlah sama-sama kita raikan...ini kerana 'my first hero' ni sedang menuntut ilmu di bumi egypt...dan kebiasaannya di bulan Feb begini... pengajian tahun sterusnya baru bermula...   .

Seperti biasa.....sebagai seorang ibu....sya tak pernah lupa tarikh tersebut..maklumlah kita yang mengusungnya sepanjang 9 bulan lebih...menghitung detik demi detik kehadirannya....mengandungkan dia tidak benyak merubah rutin hidup...kecuali di awal-awalnya sahaja 'sedikit mornig sickness...' mungkin dia tahu diri...tak nak menyusahkan mamanya yang di waktu itu terpaksa berjauhan dengan si abah...mama di USM...sementara si abah di Rawang Selangor...

Kebetulan seorang senior dan anak rakan sekerja pulang bercuti baru2 ini...jadi,dapatlah sya titipkan sedikit ole2 untuk along...tp tak sempat nak mencari kad ucapan yang comel sikit...maaf! mama tulislah sikit ucapan dn doa mengiringi ole2 tu...tak sempat juge nak sediakan apa2..kek atau sewaktu...dengannya...selain taksempat...tak nak menyusahkan kawan tu nak membawanya.....

  WhatsApp Along: Salam ma. Dah dapat dah kad bank dengan ucapan 
                  hari jadi.            Haha. Serunding pn dah 
                  dapat. Terima kasih mama dengan abah

Doa  dan Ucapan Penganti Diri

Along Hafiz yang comel -5 bulan
Ketika Umur 6 bulan-menaiki feri ke Pulau Pinang

Memulakan langkah pertama  dengan bergaya di Puncak Frazer



Di Tadika Al Fath-TTDI Shah Alam

Meraikan  Ulang Tahun Yang Pertama di Frazer Hill
Majlis Konvokesyen Tadika Al-Fath
5 Tahun- Ain 4 Tahun...


Ketika Berumur 6 Tahun
Di Taski Abim, Renggam,Johor.

Semoga Terus Melangkah  laju...laju...dan berjaya
Terima Kasih kerana Menjadi Contoh Yang baik pada adik-adik...

Di Tahun 6,SK Taman Rimba,Sandakan
Abang yang boleh diharapkan menjaga  adik2
Di Hudaibiyyah -Mekah 2008



Pencarian-" Bekalan" 13 Rabiulakhir 1434























Thursday, February 14, 2013

Bina Rumah Di Akhirat


Baiti Jaanati...
Suatu hari, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan seorang ulama besar di Madinah bernama Abu Hazim Salamah bin Dinar. Khalifah bertanya kepadanya: "Wahai Abu Hazim, apa sebab yang membuat kami takut mati?"
Abu Hazim menjawab, "Sebabnya adalah engkau telah memewahkan rumahmu di dunia, dan meruntuhkan rumahmu di akhirat. Maka kamu takut berpindah dari rumah yang mewah ke rumah yang runtuh."

Benar ucapan Abu Hazim ini. Setiap manusia memiliki dua tempat tinggal. Tempat tinggal yang pertama sedang ia diami di dunia, dan sifatnya hanya sementara sahaja. Dan rumah satu lagi akan ia duduki kelak selepas mati dan sifatnya kekal abadi selamanya.

Rasulullah SAW selalu mengingatkan bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara. Kita ibarat seorang musafir yang tengah rehat di bawah pokok. Dan ia akan segera meninggalkan tempat itu untuk mencapai destinasi yang dituju.
Maka sungguh pelik jika ada musafir yang menghiasi tempat istirehatnya yang sementara itu dengan pelbagai sebab-sebab keselesaan dan lupa untuk menyimpan sesuatu untuk tempat tinggalnya yang kekal di destinasi nanti. Tidak terbayang penyesalan yang akan ia rasakan apabila tiba di destinasi itu namun tidak mendapatkan tempat selesa untuk didiami atau diduduki.

Amal soleh
Amal soleh adalah bekalan kita menuju Allah SWT. Tempat kita di akhirat ditentukan dengan berapa banyak amalan ibadah kita di dunia.
Sesiapa yang menginginkan rumah besar di syurga, dihiasi dengan taman-taman yang indah, dia boleh menempahnya dari sekarang. Iaitu dengan memperbanyak kerja-kerja yang diniatkan untuk manfaat agama dan umat Islam.
Kerja-kerja itu sangat beragam. Mulai daripada kerja seremeh menyingkirkan kotoran di jalan hingga kerja-kerja besar seperti pentadbiran negara.
Jadi, konsep amal soleh dalam Islam sangat luas dan tidak terhad pada ibadah-ibadah ritual semata. Ia meliputi perkara-perkara yang biasa kita lakukan sehari-hari.
§      
      Membuang sampah pada tempatnya yang disediakan adalah amal soleh.
§    Meletakkan kereta dalam posisi yang tidak mengganggu pengguna jalan yang lain adalah amal soleh.
§     Bahkan, tersenyum apabila berjumpa dengan jiran sebelah rumah juga amal soleh.
Sungguh banyak amal soleh yang boleh kita lakukan. Benar ucapan Abu Hazim: "Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang itu akan menjadi sangat mahal sehingga tidak mampu dibeli."
Barang-barang akhirat menjadi mahal apabila nyawa telah berada di tenggorokan. Pada saat itu, pintu taubat dan pintu amalan telah ditutup. Andai seseorang hendak bersedekah semua hartanya sekalipun, Allah tidak akan menerimanya.

Rumah siap

Hidup di dunia adalah satu kesempatan untuk membina rumah selesa di akhirat. Dan orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan besar ini. Sebelum meninggal dunia, ia berusaha untuk memastikan ada rumah yang akan ia diami di syurga.
Ibnu Rajab al-Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata: "Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama: "Vila Kebahagiaan" (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah.
"Khabar gembira untukmu," lanjut malaikat, "setelah tujuh hari nanti, rumah itu akan rampung dibina."
Ibnu Rajab berkata: "Tujuh hari kemudian, orang soleh itu meninggal dunia."
Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah untuk kembali kepada Allah sebelum maut menjemput. Amin ya rabbal álamin.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/

Wednesday, February 13, 2013

Bermula Mencari Damai

Assalamualaikum wbt...

Walaupun jauh...Tempat jatuh lagi dikenang!!!
Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua bulan feb....bermakna tinggal sebulan lagi...kami seklga berpeluang lagi Mencari Damai di Baitullah....inshaa Allah...semoga semuanya berjalan lancar....Alhamdulillah jika tiada aral pada tahun ini kami berpeluang mengerjakan umrah melalui Spain... rasa teruja sesangat....terima kasih En. suami..........Alhamdulillah!

Seperti biasa...setiap kali akan memulakan pengembaraan rohani ini...kami biasakan diri menziarahi insan2 terdekat...untuk bertanya khabar dan bermaafan...semoga dgn doa dan restu mereka semua akan memudahkan semua urusan kami....selebihnya kami menyerahkan kpd ketentuan yang Esa...

Tenang dan Damai di Makam Bonda
Kami memulakan misi kami sempena cuti tahun baru cina....bermula dengan bermalam di rumah ayah dn ma...di kampung pinang....Alhamdulillah kami berpeluang menyertai penduduk kampung meraikwn malam penutup sambnutan maulidur rasul di peringkat kampung dengan pengisian ceramah dan selawat beramai2....seterusnya kami bermalam di rumah abang di ceneh baru...diikuti ke umah kakak di kerteh...tapi sayang....tuan rumah tiada kerana balik ke jerangau menguruskan ibu mertuanya yang terpaksa dilayan karenah yang pelbagai...gara2 bosan tinggal dari satu rumah anak2.... ke satu rumah yang lain.....

Makam ayahanda & bonda di Atas Tol
Keesokannya kami meneruskan perjalanan  menemui tempat persemadian insan yang sangat2 diindui...bonda tercinta....kami( sya,en suami  dan anak2 terpaksa membaca yaseen dan membuat sedikit tahlil serta berdoa di dalam kereta kerana hari hujan.....dengan rasa sayu dan berat hati...makam bonda kami tinggalkan untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya....makam kedua ayah dan ibu mertua di kg atas tol....Syukur Alhamdulillah...semoga semua anak2 kami meneruskan amalan ini nanti...apabila tiba giliran kami pula berada di alam sana...

Seterusnya kami ke rumah kakak...tapi rumah mereka kosong...rupa2nya mereka semua ke kuantan...mengadakan fmly day di sana....kamipun meneruskan perjalanan berjumpa....'tauke2 batik' pulak...mencari stok2 baru...mana tau kot2 boleh digunakan untuk sambutan hari guru nanti...tak payahlah nanti melilau ke sana sani bila tiba masanya...sekurang2nya dpt menyenangkn diri sndiri di samping dpt menyenangkn jutawan2 batik tu....mengclearkn stok mereka...rata2 kedai yg dikunjungi mengadakn jualan murah sempena CNY kata mereka....tp harga tetap juge mahal!...(semoga mereka tak marah..).memang betolpun harga semua batik2 yang sya berkenan...agak mahal...pusing punya pusing akhirnya sdya mendarat d kedai 'batik hungga'....dptlah selai dua....terima kasih pada en suami...yg tolong bayarkan...hihi              

Seterusnya badanpun dh penat...pegi pulak ziarah tauke hotel...utk tmpang bermalam...mak oii...ramainya orang datang melawat Ganu ni...hotel dn resort penuh sampai hujung minggu...sek baik ada lagi bilik kosong kt Sumai...tp nak dapat tempat park kereta punyalah susah....        

Lepas chek inn...kami keluar pusing2 pantai Batu Burok....pantai yg mengamit seribu kenangan indah...dolu2...

Jom kita Roger2 di Pantai Batu Burok
Lepas makan2....melayan si kecik menunggang kuda dan kami sekeluarga...menaiki kereta kuda beramai2....seronok pulak...Ganupun dah ada kereta kuda....teringat pulak pengalaman menaiki unta di Jabal Rahmah...walaupun memang jauh berbeza....tapi keseronokan bagi anak2 tetap sama.....

Keesokanya pagi2 lagi kami dh chek out...saja nak bersantai2 sarapan d warung 1001 juadah di Bukit Besar...alamak ramainya orang....di sini saya diuji dengan terrrjumpa hidangan nasi dagang yang lain macam drp biasa......malu kalau 'org luar' yang makan....kerana rasanya...tak sesuai dinamakan nasi dagang....elok dipanggil 'nasi TAK dagang' je...kehkeh...rupa2nya kata si penjual..."nasi dagang yang sedap dah habis dah"...agaknya org yang membekalkan nasi dagang  bungkus tu baru belajar kot....ataupun baru ambik alih tugas tukang masak sebenar....

Sapa punye....
Seterusnya....kami ke rumah kakak lagi sekali untuk 'bertemu mata'...Alhamdulillah dfa dh ada di rumah....selepas bersembang2 sejam dua....kamipun meneruskan perjalanan utk kembali semula ke Selangor....dalam perjalanan balik...smptlah kami singgah lagi serkali ke rmh kaskak yg hari semalamnya tak ada di rumah...maklumlah kakak sulong sya ni akan mengadakn kenduri kahwin anak sulongnya'along' pada tarikh yg kebetulan sama dgn tarikh kami memulakn perjalanan ke Baitullah nanti....20 Mac 2013....Jadi...kamipun terus 'becet'lah...cewah...saya dh tau gunakan istilah masyarakat jawa....(becet=upacara hulu menghulur...agak sya...betollah kot...Berhampiran rumah kakak di kerteh4 ni...ada pengusaha keropok lekor yng uummpphh....apa lg lepaslah hajat sya....selain dr nk panjat buah duku yg sedang mekar masaknya dibelakang rumah....tp hujan membuatkn sya tak ada rezeki....

Dia betol2 kepenatan....
Lebih kurang jam 12.00 tengahari kamipun meneruskan perjalanan balik ke rumah...hajat di hati nak singgah rumah di rumah ayah cik di Jengka tapi...dah lewat...kesian kat en driver...dah penat tu...esok dah kerja...jadi perjalanan diteruskan cuma berhenti untuk makan dan menunaikan solat kat R & R je...Semoga Allah memudahkan perjalanan kami mencari Damai dan ketenangan di Baitullah dan mengunjungi junjungan baginda s.a.w...yang sentiasa dekat di hati. Semoga saya dapat melangsaikan urusan dan amanah yang tak pernah habis ....sebelum berangkat...yang pastinya saya cuba menyelesaikan satu persatu dari senarai yang berjela2....Semoga semangat pendidik ini tak pernah luntur...Hanya DIA yang maha mengetahui. Ya Allah!!! permudahkanlah kami,perjalanan maupun urusan sebelum semasa dan sekembalinya kami nanti.Ameen Ya Robbalalamin.



Tganu yang damai....nampaknya perang 'bendera dan makin sengit!

Makin jauh kami tinggalkan...moga jumpa lagi.....